IG Shop IQ: Jual Barang Preloved

10:24:00 AM

Salam blogger.

Siapa dekat sini minat barang preloved? IQ kadang suka kadang tak, tengok keadaan. Kalau condition masih ok, semua orang suka, ye dak? IQ terpengaruh kejap dengan ofismate IQ ni yang suka beli baju baju preloved untuk baju basahan anak. terjebak orang kata..

dulu pernah kan IQ cerita pasal IQ buat carboot sales? jual baju baju preloved ni? Tapi tu dulu la, masa duduk Kota Damansara, seronok sebab adik IQ join sekali, bukak bonet kereta, jual je apa nak jual, seronok. Tapi dah tak mood nak pergi KD bukak booth dekat sana, kenangan tu sentiasa menerjah dalam fikiran..huhu..rindu KD tapi dalam masa yang sama, sedih...sobs..

Dekat Keramat ni pun ada carboot sales tapi tak tahu cemane peraturannya, berbanding yang dekat KD tu senang je rules dia....yang dekat Keramat ni tak tahu lagi, tak pernah try tanya lagi...satu masa nanti mungkin...sebab IQ ada banyak baju yang nak dijual, kalau tak dijual mungkin akan masuk tong putih yang DBKL sediakan untuk derma baju...

Tapi ada baju yang condition yang lebih baik, IQ akan jual, senang cerita yang berjenama. Macam baju Qaíd ni ada yang berjenama, tak semua berjenama sebab IQ kurang beli baju Qaíd yang ada jenama masa kecil, sebab dia pakai sekejap je, tak lama..huhu...terus rasa membazir...huhu..tapi beli jugak, haha! 

So, untuk baju yang agak2 ada market ni IQ jual di IG Shop terbaruuu IQ. hihi...IG Shop preloved dulu dah tukar jadi IG Shop buat dropship tapi pihak Instagram dah padam Ig Shop tu sebab IQ jual handbag yang gred AAA, so...tak boleh, kena banned...in case mungkin dah kena delete kot...sedih aii...hilang ribuan followersku..sobs..

IG Shop Preloved IQ yang terbaru ialah prelovedbyiezqis. IQ akan up segala barang yang IQ rasa boleh jual di IG Shop ni, mostly barang2 yang masih boleh dipakai, contoh baju, atau bla bla bla...IQ pun tak tahu sama ada orang nak beli ke tak...tujuan IQ jual pun sebab nak clearkan rumah...rumah IQ sekarang kecik, tak muat barang banyak2..huhu...so, jual atau bagi dekat orang yang memerlukan aje la...huhu...

ok la...till then, follow IG IQ kalau nak ushar ushar barang yer...terima kasih...bai!


IG Shop Preloved IQ.
Stroller yang IQ nak jual, boleh ushar harga dekat IG Shop Preloved IQ.

You Might Also Like

4 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers