Dulu Bukan Lagi Sekarang

10:40:00 AM

Salam blog.

Well, akan ada hari kita gembira, ada hari kita berduka. Kebanyakan orang nak tengok yang happy happy sahaja, yang tak tak happy mungkin orang tak berapa nak pandang. Mungkin kurang feel dengan keadaan orang lain, melainkan diri sendiri yang rasa.

IQ tak mengharap sesiapa kasihan dengan keadaan IQ sekarang. Jika IQ luahkan sesuatu, maknanya IQ perlu luahkan. Sebab IQ sendiri hilang tempat mengadu, berbual, bercakap dengan orang yang IQ sayang dan selesa untuk luahkan. IQ akan mengomel ntah hape hape dengan orang tersebut. Sebab IQ nak luahkan. Benda dalam kepala yang banyak nak dikeluarkan, lumrah perempuan akan bercakap banyak untuk satu hari. Tahu kan?

IQ mengaku IQ dah bertukar jadi seorang yang kurang bercakap, terutama dengan orang sekeliling IQ. IQ lebih memendam rasa, kecuali dengan yang rapat dengan IQ. Orang yang baru kenal IQ mungkin akan anggap IQ ni sombong sebab asyik ngadap hp dan tak layan dorang borak sangat tapi percayalah, IQ yang sekarang bukanlah IQ yang dulu. IQ berubah sejak Arwah suami IQ meninggal tempoh hari. IQ tak der nak borak lebih lebih macam dulu. Sebab entah la....hormon agaknya..

IQ harap sesiapa yang baru mengenali IQ dan menganggap IQ tak seperti yang dorang bayangkan, IQ harap dorang faham. Sebab IQ dah tak macam dulu lagi. Nak happy sangat pun tak boleh, sebab teringat yang dah tak ada di sisi. Ya, kehidupan kita harus diteruskan, tapi bagi IQ, cukup la bersederhana, nak terlalu gembira pun nanti ada masanya kita akan bersedih.  

Kang tengah melompat gembira, tetiba teringatkan Arwah. Mula la mood bertukar 360 darjah. Tak ke haru? "Best kalau Arwah ada" ayat yang selalu IQ guna kalau tengah berseronok dengan anak dan adik2 yang lain. Selalu ingat dekat Arwah walau ada di mana pun. Baru 4 bulan lebih, harapnya selalu ingat dekat dia sampai akhir hayat IQ.

Semalam rindukan Arwah, tengok gambar dia mesti nak meleleh air mata. Dan malam semalam mimpi Arwah. Lupa mimpi tentang apa tapi Arwah ada dalam mimpi semalam. Terubat rindu =)

Till then, k bai.

10 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Tentulah kakak terharu bila baca N3 IQ ini
    Sabarlah dik... (kakak tahu mudah kata sabar tapi yg menanggung IQ - pergi yg tak diduga siapa sangka kan)

    Semoga ada sinar baru buat IQ dan anak yg masih tak tahu apa itu.
    Ada waktu boleh ketawa, ketawalah.. senyum selalu jgn lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah IQ akan lebih sabar dan kuat lepas ni, IQ banyak buat kerja dan layan anak untuk buatkan IQ tak ingat pada Arwah sangat.

      InsyaAllah kak, terima kasih untuk doanya

      Delete
  2. i got that feelin..i knew it coz i felt it oredy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. really? Al-Fatihah to ur beloved one too.

      Delete
  3. Sakit yang hanya pernah alami bleh difahami dan memahmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..hanya yang pernah merasa akan memahami

      Delete
  4. Bertabahlah ...
    (tatau nak cakap apa)

    ALfatihah...

    ReplyDelete
  5. (tambah komen)..blog ni salah satu dari my blog list ..tatau sejak bila aku jadikan bloglist aku. Dan sudah lama aku memblog dengan detail..atau pun buka bloglist..yep, macam macam alasan..salah satu sbbnya aku demam denggi dan injured bagai..dan bila baca detail entry label arwah tahu lah kenapa arwah meninggal..denggi! Allahu...
    Innalillah..

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD