Bekal Makanan Qa'id dan Eczema

5:26:00 PM

Kalau ikutkan dulu, IQ tak pernah bekalkan apa-apa untuk Qa'id masa Arwah masih ada dulu, semua depends pada pengasuh yang jaga Qa'id...lagipun masa tu, Qa'id masih belum cukup setahun, dan menu makanan Qa'id ni terhad, kena masak yang lembik-lembik, dan senang ditelan.

Berbeza dengan sekarang. Qa'id dah makan macam-macam jenis makanan dah. Dulu ingatkan Qa'id ni jenis memilih kalau nak makan tapi rupanya sebijik Arwah Ayah dia, jenis tolak kayu, batu je. XD...tak der la sampai macam tu, asalkan kena selera dia, semua dia ngap, terutamanya NASI!

Seronok bila tengok anak suka makan kan? tapi sekarang Qa'id ada masalah kulit plak iaitu Eczema. So far, IQ nampak Qa'id alah pada ayam dan telur...kalau makan mesti naik merah2 dan gatal2....so, sekarang IQ tengah usaha nak tukar menu makanan bekal Qa'id...dulu menu macam-macam sekarang dah kena tukar bahan, so..macam terhad sikit...kot...

Dulu menu sebelum Qa'id kena eczema teruk ni, IQ selalu bekalkan nasi goreng telur, pasta carbonara, spagetti bolognese, nasi goreng ikan bilis, mihun goreng, nasi + sup ayam, kuey teow goreng...dan selalu ulang2 jugak menu tu...sebab kadang2 blank dah tak tahu nak masak apa...haha!

tapi start minggu ni, IQ tekad hati nak tukar menu, so, akan ada menu nasi goreng ikan bilis (dalam pemantauan, risau Qa'id gatal dengan ikan bilis), nasi goreng daging, nasi putih + daging masak kicap, nasi + sup daging, dan sebagainya...

Kenapa banyak daging? setakat ni, menu tu je Qa'id macam ok sket kalau makan...kalau tak makan daging pun, asalkan nutrisi daripada daging tu ada, IQ tengah usaha nak cari ayam organik iaitu ayam yang tidak disuntik. Ayam organik elok untuk sesiapa yang ada eczema, tu yang mak mertua IQ cakap, so, IQ nak try masak apa2 pakai ayam organik plak...yelah, dengan ayam je IQ boleh buat menu macam-macam...kan? berbanding dengan daging...lain la sket..huhu..

Qa'id sebenarnye kena eczema dah lama, masa dia kecik lagi, tapi dulu boleh kawal lagi, sekarang macam nak tak nak kena kawal makan dia jugak...kena tahu penyebab eczema dia melarat...kena kawal dari awal...kalau tak, sampai Qa'id besar la dia akan kena eczema tu..

So, doakan IQ berjaya dalam misi mengesan punca eczema Qa'id dan buat bekal untuk Qa'id yang best2! hehe, terasa nak share gambar bekal makanan Qa'id dekat sini tapi selalu lupa nak snap gambar, pagi2 sibuk masak dan siapkan budak kecik tu. haha!

ok la, till then, bai!

8 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. sedapnya baca menu-menu Qa'id. Semoga eczema Qa'id tak melarat. kesian tengok budak2 eczema ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...Amiin..hrapnye mcm tu jugak...eczema dia thap ok lg...cume klu menggaru bley brdarah...huaaa

      Delete
  2. Memang kena berpantanglah nampaknya Qaid
    Kesian kalau kena eczema ni tidur tak lena
    Bila tak cukup tidur biasalah budak mudah aje nak meragam kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kne pantang la Qaíd ni, avoid makan ayam dan telur...

      dia lena je tidur tapi kalau tengah tidur pun boleh menggaru...bila menggaru macam org tua, kruk kruk...risau!

      Delete
  3. kesiannya qaid ada ekzema..semoga qaid sentiasa sihat

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD