Rumusan 2016 Dan Salam Tahun Baru 2017.

3:00:00 PM

Salam semua.

Hari ni 27hb Disember 2016. Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru. Tahun baru entah apa pula cabarannya. Hanya mampu berdoa agar segalanya berjalan dengan baik.

Berbalik kepada azam tahun 2016. Boleh view entry azam tahun 2016 IQ di sini.

Azam tahun 2016 nak tukar kerja dan jugak nak plan beli rumah. Hanya satu azam yang dapat dicapai tahun ni iaitu tukar kerja. Pulun dari awal tahun sampai la dapat beberapa interview, dan juga sampai tak tahu nak pilih kerja yang mana satu. Dasyat sangat. Akhirnya, permulaan kerja baru tidak seperti yang dibayangkan apabila Arwah Suami IQ pergi mengadap Illahi pada 21 Ogos yang lalu. Tarikh IQ masuk kerja baru 1 September 2016. Dengan baki cuti yang ada, IQ banyak habiskan dengan urusan Arwah Suami.

Namun, disebabkan Arwah pergi mengadap Illahi secara mengejut, IQ terpaksa ambil keputusan untuk tenangkan diri. Dua bulan IQ ambil masa. Bukan mudah, mulut boleh berbicara, hati dan fikiran belum tentu dapat menerimanya dengan mudah.

Plan nak beli rumah akhirnya tergendala. Namun, IQ sekarang mula untuk risik merisik step seterusnya untuk pembelian rumah. Biarpun IQ terpaksa berdiri sendiri, namun IQ harap IQ setanding dengan mana-mana insan yang berjaya di luar sana. Azam dan harapan untuk membeli rumah dilanjutkan ke tahun hadapan Insya-Allah. Sedikit demi sedikit, demi masa depan.

Ikutkan tahun ni kalau dapat rezeki nak tukar kereta besar sikit. Tapi tu masa Arwah Suami ada. Sekarang mungkin tak ada kot. Masa tu plan sebab anak makin membesar, keperluan semakin bertambah. Kereta kena dibesarkan saiznya juga. Tapi, segala yang kita rancang hanya Allah S.W.T. yang menentukan segala apa yang berlaku.

Arwah ummi pergi pada Januari 2016, Arwah Suami pergi pada Ogos 2016. Tahun yang sama, dua2 adalah insan paling baik dalam hidup IQ. Al-Fatihah.

Semoga tahun baru ini memberikan sinar baru buat kita semua. Insya-Allah.

Selamat tahun baru kalian. Ni entry tahun baru sekaligus dengan rumusan tahun 2016. Aci la yer dok?

k.bai.

You Might Also Like

5 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Happy new year in advance IQ! Semoga tahun akan datang IQ makin kuat, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Ameen

    Al Fatihah for your beloved ones

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru nad! Amiin . Terima kasih ats doanya.

      Delete
  2. Be strong IQ, ALLAH tak menduga jika kita tidak mampu :)

    jemput melawat di https://kasutbaldu.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Terblogwalking sini untuk pertama kali...semoga akk tabah dengan ujianNya..besar dugaan Akak..ujian yang hebat untuk orang yang hebat...moga trus kuat.��

    ReplyDelete
  4. Semoga Izyan terus kuat terutamanya untuk anak Izyan..

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers