Ulangtahun Arwah Suami

8:30:00 PM

Salam...

IQ berada di KL sekarang. Cadangnya esok interview, tapi pagi tadi dapat call postpone minggu depan pulak. Haishhh....nak kena balik melaka esok, tak boleh nak tinggal anak lama lama. Rindu!

Hari ni ulangtahun Arwah suami IQ yang ke-28 sepatutnya. Lagi dua bulan nak genap 28 tahun, Arwah pergi dulu. Tahun lepas sambut first time sebagai suami, seronok IQ buat surprise. Masa tu IQ dalam pantang, nak keluar jalan2 memang mimpi la. Huhu. Buat surprise delivery jer. Tapi tahun ni dah tak der semua tu. Dah tak rasa nak buat surprise bagai.

Nak buat dekat Qa'id pun, tak kan sama dengan suami. Qa'id pun ramai yang melayan dia. Nak buat private berdua pun tak meriah sebab dia kan kecik lagi....kan? Mesti nak semua orang nyanyi2 dekat dia.

Arwah ni yang IQ perasan, dapat rasa segalanya hanya sekali. Rasa dapat anak sekali, rasa sambut birthday sebagai seorang suami sekali. Dapat sambut ulangtahun perkahwinan sekali...semua sekali....Allah SWT nak bagi Arwah rasa biarpun sekali then Allah ambik dia. Pergi buat selamanya.
Semua orang masih tak percaya Arwah dah pergi. Dua bulan dah berlalu. Bukan senang masing masing nak lepaskan insan yang banyak tolong diaorang masa susah. Arwah memang suka tolong orang. Saham dia di sana. Tak banyak merungut. Memang seorang yang sangat sempurna di mata IQ dan yang lain.

Hari special macam ni memang buat hati meruntun rindu. Allah je la tahu betapa IQ rindu Arwah sangat2. Dipujuknya hati supaya tak nangis, kena kuat. Kena berdikari. Semua kena buat sendiri. Pujuk diri sendiri bila sedih. Segala benda memang pendam sendiri. Nak mengadu memang tak ada tempat. Sebab semua orang pun ada masalah. Dan memang tempat seorang isteri di sisi suami....tapi bila suami dah tak der, hilang arah dibuatnya...

Selamat ulangtahun sayang. Hanya abang di hati sayang. Selamanya.

Sekian.

4 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. tabahkan hati sis.. salam takziah untuk sis dan keluarga.. semoga kehadiran si kecil memberi sejuta kebahagiaan :)

    ReplyDelete
  2. Ade hikmah segala yang terjadi.. Allah lebih mengetahui..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedihnya. Huu, saya doakan IQ kuat dan tabah. Maaf baru tau psl kehilangan suami sbb dh lama tak ke sini, huhu.

    Al-fatihah utk arwah.

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD