Ulangtahun Pertama Qa'id Aqhar

3:56:00 PM

-- --

Salam semua.

Hari ni dah 18 September. Genap sebulan selepas arwah suami disahkan demam denggi. Pada awalnya IQ tak pernah sangka dengginya tahap bahaya. Namun, apa yang IQ mampu buat, IQ hanya dapat berdoa agar Arwah kembali sembuh sedia kala pada waktu tu. Bila teringat balik kisah tu, sebak dada. Rasa nak putar balik masa tu, rasa nak bawak arwah pergi hospital lain. Kenapa? Sampai satu masa IQ akan cerita.

Dua hari lepas ulangtahun Qa'id yang pertama. Alhamdulillah. Sambutan sederhana dan dapat disambut dengan ahli keluarga yang terdekat. Keluarga kakak dan adik IQ pun datang. Actually dorang pun ada buat surprise untuk Qa'id di hotel. Terkejut dan terharu dengan surprise tu. Semua nak kami berdua happy. Tapi yelah, happy happy IQ pun IQ sebak. Alangkah indahnya kalau Arwah suami ada sekali....mesti Arwah paling beriya nak sambut befday pertama anaknya ni.

Pagi2 hari jumaat tu lagi adik beradik ipar IQ nyanyi lagu befday dekat Qa'id. Qa'id tercengang tapi boleh senyum dengan tepik tangan sekali. Layan je yer anak...tapi hati IQ? Sebak. Menitis air mata bila fikirkan Arwah tak sempat nak sambut befday anak dia. Padahal dia la beriya berbulan lepas nak buat itu ini...plan nak sambut dekat melaka, kalau ada rezeki nak buat akikah sekali...tapi perancangan hanyalah sekadar satu perancangan. Arwah pergi dulu...tak sempat nak buat semua tu...

Masa Arwah disahkan kritikal kemungkinan tiada harapan untuk pulih, IQ memang tak tahu nak kata apa apa. Dalam kepala IQ hanya fikirkan Qa'id. Ulangtahun dia masa tu tak sampai sebulan lagi. Takkan secepat ni Allah nak ambik dia? Macam macam perkara terjah dalam kepala IQ. Serabut memang serabut. IQ jadi risau tak tentu hala. Apa yang akan jadi selepas tu...

Bila Arwah disahkan meninggal dunia, hati IQ memang Arwah bawa pergi sekali. Hilang arah IQ. Terus fikiran terjah pada Qa'id. IQ berkata pada kawan baik IQ di wad masa tu, "Qa'id dah anak yatim". Allah........memang....sedih tu menggunung bila teringat keakraban Arwah dan Qa'id sebelum ni. Arwah dengan Qa'id memang rapat. Sampai IQ pun merajuk dengan Arwah sebab Qa'id selalu nak dengan ayah dia jer. Tidur je cari ibu dia. Bila Arwah pergi tinggalkan kami, Qa'id memang rasa ada  kehilangan dalam hidup dia. Dia seakan tahu Arwah dah tak ada. Dia mencari di mana Arwah. Last Qa'id tengok Arwah masa Arwah nazak dan pergi tinggalkan kami. Qa'id agak meragam tapi mujurlah tak lama. Ramai yang sayang dan layan dia. Alhamdulillah..

Hampir sebulan Arwah tinggalkan kami. Perlahan lahan IQ terima keadaan semua ni. Kalau ikutkan memang sakit. Ternampak gambar Arwah dalam purse pun dah menitiskan air mata. Nak letak gambar berdua di wallpaper pun nak sebak seketika. Apa jer yang buat IQ teringatkan Arwah, mesti buat IQ menangis. Kenangan tu sentiasa ada.

Walau apa pun berlaku, kehidupan memang perlu diteruskan...untuk masa depan...untuk anak IQ sendiri...moga bertambah kuat hari ke hari....Amiin...

Sekian.

You Might Also Like

1 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. happy birthday Qa'id. Terus jadi anak yang soleh untuk ibu dan doakan ayah di 'sana'.
    Keep being strong for Qa'id. U'll get used to it. InshaAllah

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers