Advertisement

Responsive Advertisement

Seperti Ayahnya...Ye ke?

Salam...

Mood nak datang bulan. IQ agak sensitif sejak dua menjak. Cepat marah, cepat nangis, cepat melatah...segala yang buruk2 memang muncul la..emo...biasa...perempuan..

Nak terasa hati pun rasa macam tak patut, patutnya IQ rasa bangga tapi entah la...rasa macam tak fair pun ada...IQ bukan nak kisah sangat...tapi ni yang IQ perhati dari awal lagi...dari Arwah Suami IQ masih hidup lagi...

Anak rupa sape? Anak ikut perangai sape? Anak iras sape paling banyak...? Anak punya achievement macam ikut sape masa kecik? Segala dipersoal...segalanya dikata itu ini....

Dari awal Qa'id lahir, Qa'id memang rupa IQ. Bila dia tembam, dia makin menyerupai Arwah ayah dia. Mostly sampai sekarang pun orang kata Qa'id ikut ayah dia. Kalau dulu IQ memang terasa bila orang kata Qa'id ikut ayah dia je, habis segala bahagian tak der pun ikut IQ, kecuali lesung pipit tu. Tapi sekarang IQ memang kalau boleh nak suruh Qa'id ikut sebijik Arwah ayah dia. Buat pengubat rindu...

Cuma yelah, bila diperkatakan soal perangai dan achievement Qa'id...IQ tak boleh nak kata apa, nak dikatakan Qa'id banyak ikut perangai arwah ayah dia, semua tu of course macam berat sebelah sebab IQ memang tak tahu perangai IQ masa kecik macam mana plus Arwah Ummi IQ pun tak der nak cerita IQ ni macam mana masa baby kan? Yang dengar hanya sebelah pihak...dan mostly semua macam Arwah Suami...

Terasa? Yes I am. Sebab IQ nampak Qa'id banyak ikut perangai IQ sebenarnya...perangai IQ masa mengandungkan dia. Apa yang IQ suka makan masa mengandung, Qa'id pun akan suka. Its not like macam dulu Arwah Ayah dia suka makan itu ini, sama macam Qa'id sekarang....IQ rasa tu tak berkait rapat sangat...I think....tabiat makan banyak mungkin boleh dihubung kaitkan tapi jenis makanan yang Qa'id suka makan bukan hundred percent sama macam Arwah...its not...

IQ rasa nak stopkan mulut2 orang yang berkata itu ini tentang perangai Qa'id ni macam mana. Sebab semua memang kait dengan Arwah Ayah dia je. Macam Arwah Ayah dia yang mengandungkan dia dan melahirkan dia. Gen ibu dia langsung tak der dalam badan dia agaknya. I know, the best thing is follow macam perangai Arwah ayah dia, seorang yang sangat baik dengan semua orang di sekeliling....tapi please jaga juga perasaan ibu dia...ibu dia juga ada gen dalam badan dia...takkan la baik dia tu semua asalnya dari ayah dia sahaja....ibu dia tak baik ke?

IQ tahu IQ bukan orang yang baik. IQ ngaku sangat perkara tu. Tapi bukankah berkata yang baik baik, menjaga hati semua orang tu juga perlu? Instead of berkata "nanti besar jadi macam ayah tau, baik dengan semua orang" IQ rasa macam, erkkk...am I too bad here?

IQ tahu IQ terlampau sensitif bila ulas perkara ni. Benda ni IQ rasa makin menjadi bila Arwah dah tak der...komen komen tu pun sebenarnya dah lama...bila terbaca tu kadang macam masih sentap dan tak boleh nak move on....arghh...mood nak datang bulan sangat...demm..

Anyway, IQ dapat rasa IQ jadi diri IQ yang dulu balik selepas ketiadaan Arwah di sisi. Jenis yang lantang bersuara. Dulu IQ slow, sebab IQ ada suami. Suami IQ memang akan cool downkan IQ bila timbul isu isu ni. Yelah, orang pertama yang IQ nak mengadu pun mesti Arwah kan? Sape lagi. Dia laa tempat IQ mengadu domba. Sekarang dah tak der da...sobs...

40 hari sudah Arwah pergi. 40 hari rindu arwah tanpa henti. Al-Fatihah....

Sekian....

Post a Comment

4 Comments

  1. along tahu.. maseacik kecik dulu.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..IQ sihat..dah lama tak datang melawat blog ni. Hari tu dari zaman IQ bujang..kita follow..kita buka blog IQ baca IQ dah kahwin lepas tu IQ dapat baby..seronok sgt. Ni kita baca suami IQ dah pergi. Semoga IQ tabah menghadapi dugaan hebat untuk insan sehebat IQ. Takziah IQ..Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga Qa'id membesar menjadi anak yang soleh dan dapat jaga IQ. Hugs and love.

    ReplyDelete
  3. biarlah orang nak kata apa, only you know ur son. keep being fantastic :)

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wa Inna Ilaihi Rajiun :"(
    Allahu.. semoga sis IQ tabah menghadapi ujian ini, amin..
    sumpah menangis baca.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)