Lelaki Terbaik Saya

8:31:00 AM

Salam semua.

Hari ni genap 2 minggu arwah suami pergi meninggalkan kami semua. Masih terngiang ngiang gelak tawa, kata kata terakhir dia, senyuman manis dia, segala perkara tentang dia. IQ sendiri masih mencari kekuatan dalam diri untuk meneruskan hidup IQ tanpa suami di sisi.

Lelaki terbaik. Itu yang IQ boleh ungkapkan tentang Arwah suami. Tak pernah IQ jumpa orang sebaik dia, selembut hati dia, susah sebenarnya. Kalau ada yang sebaik dia, mungkin tak sekepala dengan kita. Tapi dengan dia, Subhanallah. Segala benda dia akan melengkapinya. Kurangnya IQ dan lebihnya dia serta lebihnya dia dan kurangnya dia sentiasa buat kami saling melengkapi. Alhamdulillah. Sempat meniti rumah tangga 1 tahun 8 bulan bersamanya. Rasa bahagia usah cerita. IQ rasa IQ lah wanita yang paling bahagia dalam dunia.

IQ tak pernah cerita dekat mana mana tentang baiknya Arwah. IQ sendiri takut Arwah dirampas orang. IQ sedar kurangnya IQ yang boleh buatkan Arwah tawar hati. Tapi cinta dan kasih Arwah pada IQ sentiasa ada. Alhamdulillah. Cinta Arwah pada IQ hingga ke akhir hayatnya. Dan InsyaAllah cinta IQ pada Arwah hingga akhir hayat IQ juga dan juga hingga ke Syurga.

Baiknya Arwah jelas apabila perginya Arwah buat selamanya. Ramai yang bercerita baik budi, baik pekertinya Arwah terhadap kawan kawan, sahabat handai dan semestinya keluarga tercinta. Siapa kita untuk menidakkan janji Allah yang akan ambil orang yang baik terlebih dahulu daripada kita semua? Rasa cemburu dengan perginya Arwah dalam keadaan tenang dan ramai keluarga dan kenalan di saat Arwah  menghembuskan nafas terakhir. Ramai yang mendoakan Arwah. Alhamdulillah. Tenang sangat. Arwah pergi dengan mudah. Selamat sudah di alam sana.

InsyaAllah IQ sendiri akan kuat. Cubalah berjumpa dengan IQ, pasti tak sama dengan apa yang IQ post di instagram mahupun facebook. Nampak di media sosial macam IQ lemah, namun IQ masih mampu tersenyum dan gelak di kala sahabat mahupun keluarga berjenaka semua. Yer. Hanya hati yang masih bersedih. Bukan raut wajah fizikal semua. Jangan ditepuk belakang IQ menyuruh dikuatkan semangat, itu mengundang kepala air mata jer. IQ mampu tahan selagi IQ mampu tahan. Kalau tidak, meraung la seorang melegakan hati yang resah.

Dah kenapa ayat macam puitis tetiba. Bak kata Fynn Jamal, kita akan create the best words bila kita tengah sedih/marah. Bila kita gembira, ungkapan kita terlalu nampak Fake. Faham kan?

Lelaki terbaik IQ. Bersemadilah dengan tenang di sana. InsyaAllah sayang akan besarkan anak kita dengan sempurna. Sayang cuba. Diharapkan kita berjumpa di sana. Di syurga bahagia kita.

Captain hati IQ hanyalah Arwah seorang. Tiada yang lain. Insya-Allah.

Sekian.

You Might Also Like

7 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Semoga awak tabah..
    Doa semoga suami awak ditempatkan bersama golongan beriman..

    ReplyDelete
  2. Jodoh. Kita tak tahu bila jodoh kita datang dan bila jodoh kita pergi.

    Aku tahu ko kuat. Caiyok!

    ReplyDelete
  3. Ya.IQ kuat. Reen taw.
    Ada pape masalah boleh share ngn reen ye.

    ReplyDelete
  4. Ya.IQ kuat. Reen taw.
    Ada pape masalah boleh share ngn reen ye.

    ReplyDelete
  5. semoga awak tabah hadapi dugaan ni. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki suami baik walaupun Allah pinjamkan kat dunia ni hanya sejenak cuma, tapi inshaAllah bertemu kembali di sana. jadikan itu inspirasi untuk meneruskan hidup dengan baik supaya lebih dipermudahkan urusan di sana kelak.

    ReplyDelete
  7. Kakak percaya IQ kuat tapi sekuat mana seorg yg pernah berdamping dgn suami bila kehilangan pergi mendadak peritnya hanya hati sendiri yg tahu.

    Moga IQ terus tabah.

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers