Genap Sebulan Pemergianmu Abang

8:11:00 AM

Salam semua.

Hari ni genap sebulan Arwah kembali ke Rahmatullah...jam 12.47 tengahari sebulan lepas Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pergilah seorang yang amat IQ sayang, kasih dan cinta sepanjang perkahwinan kami. Masih terbayang bayang gayanya berjalan, berceloteh, bergurau senda, bermanja....Allah....mana mungkin semua tu hilang...

Hari demi hari IQ berusaha untuk teruskan kehidupan IQ. Keluarga terdekat amat memberi sokongan. Yelah, siapa lagi jika bukan mereka yang mendengar keluh resah IQ sepanjang ketiadaan Arwah. Begitu juga dengan kawan kawan baik. Amat memahami keadaan IQ.

Dari dulu, IQ inginkan kehidupan yang unik. Unik mungkin dari segi mempunyai kelainan daripada kehidupan orang lain. Tapi untuk kehilangan seorang suami, bukanlah apa yang IQ bayangkan selama ni. Menjadi perkara yang jarang didengar orang, janda di usia muda, bersama anak kecil, jarang kita dengar kan? Namun, bukanlah unik itu yang IQ harapkan sebelum ini.

Menjadi seorang yang kematian suami, pilu sebenarnya. Walaupun perkahwinan kami hanya selama 1tahun 8 bulan, kami sudah mengenal hati budi sejak 2012 lagi. Untuk hilangkan kenangan itu sudah pasti susah ataupun mustahil. Bukan senang.

Sekarang IQ memang tak ada tempat mengadu. Segala macam aduan terpaksa disimpan sendiri. Tak puas hati, rasa nak merajuk, rasa nak mengamuk, kadang kadang kalau perut sakit pun tak tahu nak mengadu pada siapa. Siapa yang nak layan IQ ni selain Arwah. Arwah dari mula IQ kenal sampai la akhir hayatnya, tak pernah terabai IQ ni di samping dia. Sakit sikit terus dibelinya ubat. Lapar sikit terus dibelinya makanan. Teringinkan sesuatu, terus ditanya dan dibelikan. Manalah IQ nak lupa semua itu. Sebak dada bila teringat balik.

Harapan ingin lihat wajah tua di akhir usia, hanya usianya di kala 28 tahun kali terakhir IQ dapat tatap wajahnya. Sampai wajahnya senyum dibalut kain kafan. Indah sangat pemandangan tu. Mulut hanya mampu berkata, "hensemnya abang"...."hensemnya dia lepas dimandikan, dipakaikan air mawar"...

Kalau terlihat gambar lagi lah pilu rasa hati. Rasa macam Arwah masih ada di samping kami semua. Masih hidup dan gembira di samping kami. Allah...bukanlah menidakkan takdir. Masih terlalu awal untuk kami lupa wujudnya seorang insan yang hatinya tak pernah lekang menolong orang lain. Masih terlalu awal...dan tak kan pernah lupa.

Al-Fatihah buatmu sayang. Abang sentiasa berada dalam hati sayang. Selamanya.

***Pilu hati, bila tiada lagi bahasa abang dan sayang dalam kehidupan seharian. Pilu.

Sekian.

4 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. kenangan kita ngan arwah memang sampai bila2 takkan terpadam kan.
    mcm reen ,arwah abah da mninggal 5tahun tapi kenangan dengan arwah tetap segar n sentiasa rindu.
    alfatihah.

    ReplyDelete
  2. semoga IQ terus tabah harungi idop tnpa seorang suami di sisi..
    ='(

    ReplyDelete
  3. Hati kakak bagai dirobek sama IQ. Luruh airmata kakak walau sekadar membaca. Sedihnya tak dapat kakak bayangkan. Kakak akan cuba telusuri N3 sebelum ini bagaimana org yg IQ sayangi ini pergi dijemput Allah..

    Sabar ye dik.. moga rohnya tenang di sana.

    ReplyDelete
  4. u wont forget it but eventually u'll accept it with open heart.

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD