Advertisement

Responsive Advertisement

Planning Raya

Salam semua.

Huarghhh..hari ni dah terasa sikit feel nak raya sebaaaabbbbbb tadi ada officemate bagitahu hari ni dah gaji!!! Awal dua hari kau...pecah rekod gaji masuk awal, selalunya lambat je manjang..hehe...duit raya pun dapat hujung bulan....amount tak tahu...tapi redho awal la, sebab bukan bonus kan...eh..sejak bila company IQ dapat bonus? heee~

Selain menjadi planner untuk kerjaya kita, kita haruslah jadi best planner untuk kehidupan seharian kita. Dan of course la kita kena tahu yang sehebat hebat perancangan pun, perancangan Allah S.W.T. yang paling terbaik. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Ecewah, tazkirah pulak dah..

Ok, baju raya? Dah setel....kot? haha! Belum lagi, baju kasual husband still tak cukup, baru beli sehelai! Bayangkan IQ dan anak dah setel baju semua, husband ada sehelai baju ajer...kesian husband-ku...nanti kita shopping ek? Kena cari time sikit tapi apa ada hal, pejabat husband sebelah SOGO je pun, nak shopping time break pun tak ada hal...heee...

Kuih Raya? ermmm...yang ni sah sah main tunjuk jer, nak buat memang tak ada time. Konon feeling nak buat kek, tapi bajet kelaut...nak kena utamakan bajet balik kampung dulu. Kuih raya just beli siap dua tiga jenis daripada yang terpilih....ok la daripada tak ada langsung....bukan ada sape pun nak datang rumah...budak budak area rumah jalan nak datang beraya pun mesti raya pertama, tak pun sampai raya ketujuh...seminggu...kitaorang berjalan je raya ni..balik kampung...open house tak ada...sorry yer adik adik..hehe..

Duit Raya? Yang ni paling lejen..kenapa? IQ recycle balik duit raya tahun lepas! haha! duit raya tahun lepas recycle daripada duit raya tahun sebelum tu..haha! BAPAK KEDEKUT KAU IQ~ eh...bukan kedekut, duit tu tak habis diberi kepada budak budak kecil yang bersekolah sahaja..hehe..yang dah masuk U, boleh tebalkan muka kalau nak duit raya...hehe...duit raya tahun lepas DITAMBAH amount nya untuk tahun ni, bukan semata mata duit tahun lepas...duit raya tahun ni kalau tak habis, boleh bawa ke tahun depan pulak...hehe..begitulah seterusnya..

Balik Kampung? Oleh kerana tahun lepas dah beraya dengan Arwah Ummi, maka tahun ni balik kampung belah husband IQ dulu. Sobs. Allah tu sebaik baik perancang. Dilembutkan hati mak mertua untuk benarkan IQ beraya kampung belah IQ dahulu tahun lepas macam dah tahu IQ akan beraya untuk kali terakhir dengan Arwah Ummi. Alhamdulillah...tahun lepas dapat bawak Arwah shopping baju raya nya...bawak balik kampung di Terengganu...Alhamdulillah..tak terkilan untuk raya kali ni...

Dan IQ akan beraya ke Melaka - Perak - Pahang - KL. Tahun lepas berjalan sakan, tahun ni pun sama. Nak buat macam mana dah kampungnya jauh jauh...berjalan ajer ler kiternyeeee...melawat sanak saudara yang lama tak berkunjung tiba. Terengganu tak ada dalam list tapi ada dalam hati....acewah....kemain ayat pickup line IQ kali ni....Terengganu mungkin balik raya haji nanti Insya-Allah...

ok la...itu lah planning raya IQ, korang pulak macam mana? Jom kongsi sama sama!

ok. Bai!

Post a Comment

2 Comments

  1. sy ni, masa sblm raya bukan main kata xde baju raya pn xpe..tp skrg...asyik nak cri baju raya je..selagi x raya..adoii...duit dh makin kempis ni cmne nak balik raya hehehe..baju anak2 lagi lah..kata dh cukup, tp bila jenjln pantang nmpk sambar jugak...pening2 ahaks..baju husband 2helai je haha..jahat kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same la kita ni mila...baju husband jugak yang kekurangan. Hari raya ke berapa dah kena pakai baju lama...huhu

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)