Semua Jenis Kerja Sibuk Dah Zaman Sekarang Ni

12:50:00 AM

Hamboi....kemain panjang tajuknya haaa....nak lepas geram ke? Erkkk...geram tu geram jugak la tapi penat badan ni menambah nambah pulak geram...hihi..

Penat memang penat...IQ baru jer balik dari kerja pukul 10.30 malam tadi. Fiuhh...first time lepas ada anak ni balik lewat macam ni. Dulu paling lewat ambik anak pun pukul 8.30 malam. Terdesak sebab kerja jugak.

Nak cerita....Sebenarnya IQ dah penat bila ada spesis yang kata..

"Kenapa tak jadi cikgu? Kan senang, tak perlu balik lewat lewat...tengahari dah boleh balik layan anak anak"

"Kerja nurse pun senang, ikut shift...ikut waktu kerja tetap...haaa...tak perlu nak overtime dekat pejabat macam sekarang"

- Sumber Anonymous

Cik kak/abang....kerja cikgu atau nurse bukan mudah macam dulu yer. Zaman sekarang budak makin cerdik...sebab apa? Sebab cikgu bertungkus lumus nak jadikan anak muridnya yang terbaik. Cikgu sanggup balik lewat petang untuk buat kelas tambahan. Tak cukup dengan tu, cuti sekolah seminggu pun penuh dengan jadual kem peningkatan mutu pelajaran. So, tang mana la yang cakap cikgu tu mudah dan boleh balik awal tu? Habaq mai sikit~

Nurse? Nurse klinik kesihatan boleh la nak kerja shift pagi balik petang. Cuba tengok nurse kat hospital yang kerja shift malam. Memalam cek tekanan darah setiap pesakit ikut waktu. Masuk air drip pesakit. Mak sedara IQ kerja nurse hospital, memang sibuk. Best bila cuti je la. Raya belum tentu dapat cuti. Haaa...mau?

So, please. Dun say to me anymore about the work babe. Haaa...kang da omputih...marah ni marah...haha...

IQ bernasib baik dapat kerja yang mudah...tapi tak der la mudah sangat. Semua kerja pakai otak...tak pakai otak, jadi la robot...Kerja planning engineer a.k.a. planner ni antara bidang engineering paling mudah la berbanding bidang engineering yang lain.

Sekarang IQ banyak buat part time untuk projek projek yang company IQ dapat.  Ada option. Kerja pun dari senin sampai jumaat jer. Selalu balik on time cuma kadang kadang ada submission tu yang kena stay back. Tak selalu. Ada la 2-3 bulan sekali. Depends pada klien nak buat submission apa.
So, IQ rasa kerja IQ lagi mudah daripada kerja cikgu dan nurse. IQ tak perlu ngadap anak anak murid, dan juga pesakit pesakit. Cuma ngadap dua tiga orang klien yang kadang tolong sekali buat kerja kita.

Setiap kerja yang kita dapat tu rezeki. Kalau bukan rezeki duit, mungkin rezeki masa. Contoh, anak tetiba sakit, kita dapat cuti serta merta. Itu rezeki juga namanya. Lain orang lain rezekinya. Yang penting, SYUKUR SELALU...Eh...dah macam tagline raya jer...

Ok bai...cukup cukup la membebel IQ oiiu..tidur....esok meeting plaaakk..adehhh..

You Might Also Like

2 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. betul tu, setiap kerja ada cabarannya. biarlah org nak cakap apa, peiruk nasi kita bukan dia punya. rezeki yg Allah dah bagi tu, tu la terbaik untuk kita. kerja niatkan kerana Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah...periuk nasi kita...masing masing ada rezeki masing masing

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers