Qa'id Ni Setahun Dah Ke?

10:24:00 AM

Salam semua...

Lately, kalau IQ ke mana mana bawak Qa'id, mesti ada orang geram dengan dia. Rasa nak cubit cubit katanya...IQ sendiri pun memang tiap tiap masa cubit pipi dia...geram!! Debab, tapi sekali tengok tak ada la debab mana, kalau ikutkan nampak kurus je..cuma kalau buka seluar baju, nah! dia punya peha besar macam peha ayam kfc, rasa nak ngap jer..

Dan satu lagi perkara yang selalu orang tanya bila jumpa si Qa'id ni, 
setahun ke ni? 
berapa bulan? 6 bulan lebih? besarnya! 
 Erkkk...nampak besar sangat ke Qa'id ni? ke bila ibu dia pegang je nampak besar...ke memang Qa'id ni jenis rangka besar yakni tulang besar...hurmm..musykil musykil....

Kalau diikutkan, perkembangan Qa'id normal, berat normal, tinggi normal, semua ikut graf perkembangan bayi dalam buku kesihatan dia tu...dah tu, kenapa orang kata besar lak? IQ pun pening..

Qa'id masa lahir memang minum susu badan, tapi disebabkan dia kena demam kuning masa pantang, puas jugak la nak cari cara nak kurangkan kuning dia, dan bila dia minum susu formula, terus kuning dia turun mendadak...dari saat tu Qa'id minum susu campur badan + formula...

Tapi start awal tahun ni, dia dah tak nak badan langsung dah, susu badan IQ pun kurang..well, susu badan kurang memang sebab emosi, emosi tak stabil, memang susu akan kurang, tambah plak Arwah ummi sakit, memang tak dapat nak susukan Qa'id secara berterusan. Qa'id pun macam faham sangat keadaan ibu dia yang tak berapa nak stabil emosi...huhu...

Well, memang sejak Qa'id minum susu formula, badan dia cepat naik. Tapi tak ada la naik mendadak. Badan dia orang kata sedap peluk..haaaa...berat nak masuk 9kg rasanya, in case nak masuk 7 bulan 16hb nanti...rasanya normal la tu...heee..

Setiap anak tu kan ada keistimewaannya masing masing. Bersyukur sangat Qa'id ni tak banyak ragam. Jenis baik sangat. Tak ada nak mengamuk kalau kena tinggal dengan pengasuh. Pengasuh dia yang baru pun cakap benda yang sama. Qa'id ni senang nak jaga, suka buat hal sendiri, main sorang-sorang, lepas tu tertidur sendiri...cuma tak berapa nak pandai nak main sekali bila ada kawan....yela, baru nak masuk 7 bulan kan? nak berkawan pun tak reti lagi..slow slow..

Ok la, tu la je la nak bebel pasal si Qa'id ni. Budak budak kalau cepat sangat besar nanti rindu masa dia kecik pulak. kan? IQ dah rindu da si Qa'id masa pantang tu...geram!!


Kalau kena label setahun pun, ape de hal, anak ibu ni memang macam orang besar dah =.="

K.bai!

You Might Also Like

8 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. rangka besar kot ek, sbb anak sy si arfan dulu pon besar gak...5bulan dh 8.7kg... rasanya qa'id cmtu gk ni..tp bila alma...alahai comel je 5bulan 6.8kg je..hehe..beza 2kg tuuu girl n boy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...mungkin sbb baby lelaki kot. Baby perempuan msti sllu kecik...hurmm..btul la tu kn

      Delete
  2. iq, pasal puree tu...boleh je klo nk bg alma, tp cmne?? By pos ke?? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mila tinggal mna...tak ley by pos...puree tu xthan lama klu xsjuk

      Delete
  3. Yg pnting qaid membesar dgn sihat dan comelll.

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers