Perangai Pelik Betul

10:55:00 AM

Kalau ikutkan hari hari IQ jumpa orang berperangai pelik...macam macam perangai...terutama kalau orang tu memandu kereta....rasa macam dia tak pernah ambik ujian bawak kereta ke ape...ke lupa peraturan jalan raya? Pelik..

Pagi tadi, nak sampai pejabat, sampai satu simpang tiga. Ada traffic light. Ada dua lorong, satu lorong ke kanan. Satu lorong ke kiri. Lorong ke kiri dah lampu hijau, lorong ke kanan masih merah...ada orang buat perangai pelik, duduk lorong kiri nak masuk kanan, memang dia stop sebab masih merah...

IQ belakang dia nak masuk simpang kiri...IQ bagi signal dia gerak la depan sikit tapi still tak lepas nak masuk simpang kiri...nasib dia baik, sebab sekejap je lepas tu terus lorong kanan dah hijau...as usual, memang dia potong kereta lorong kanan cepat cepat nak masuk lane...haishhh..manusia manusia...

satu lagi...IQ nak masuk lorong kanan, boleh pulak ada sorang ni jalan kaki, berenti tengah simpang lorong tu nak lintas jalan. Dianggap dia tu sebuah kereta untuk melintas...kalau motor boleh dikira lagi..ni pejalan kaki...naik atas divider dah ler bro...adehhh....sabor jer laa.

Perangai manusia ni memang pelik kalau bawak kereta....kan? nak masuk lorong, kemain tak nak bagi signal, takut orang tak bagi...bila bagi signal plak, last minit, anggap orang nampak last minit signal tu dan orang nak bagi laluan?

Bagi awal2...biar orang belakang nampak, jangan pulak harap kereta tepi nampak signal kau...memang sah sah dia tak nampak...bagi la dia jalan dulu...jangan la nak menyelinap masuk depan dia plak...kau dah nak masuk lorong orang, buat la cara nak masuk lorong orang...orang lain nak cepat jugak..bukan kau seorang...

Hari hari bila balik kerja mesti kena sabar...dalam kepala fikir nak ambik anak cepat, plus jem lagi...ditambah pulak manusia berperangai pelik bila memandu...*pengsan*

Ok la. Tu je nak cerita. Bai2.

6 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. perangai pelik yang tak wajar dilakukan..hehehe..lebih-lebih lagi membabitkan kenderaan lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat! jangan la amalkan...tak baik untuk kesihatan

      Delete
  2. manusia memang ada yang pelik dan annoying. sabar je la. kalau tambah pakej kurang ajar lagi la kena banyak sabar. kita yang normal ni la kene tolerate dengan dorang yang tak berapa berakal hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, lupa plak bab kurang ajar tu...adehh..yang tu confirm kesabaran level tinggi kena ada!

      Delete
  3. eh kisah kita sm la plak...mila pn petang2 amk alma, hadap jem gak sbb jln kecik, kete berderet..sakit at bila, kita dh beratur elok, dh la memotong pastu x bg signal, lg kita ke depan dia ke depan, last2 kita yg ngalah..then lagi 1 pangai, kita dh bagi signal ni, tp dia buat buta...kedekut btl jln dia..ptt gilir2 la jln..lepas kiri, bg yg knn plak..ni tak..nak gak dia jln tu..

    aritu ada skali disebabkan pangai mcm ni, smpi dia lggar side mirror mila, mmg mila bg hon la..dh la pmpuan yg bwk..mmg krg ajar betul..rsa nk je kua kete p maki dia depan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. huishh, da sampai langgar side mirror buat bodoh tu memang kurang ajar sangat! tak ada adap langsung tengah jalan...selalu kita jer kena beralah...huhu

      Delete

Komen Komen Sikit XD