Tukar Pengasuh

10:11:00 AM

Salam hari rabu dan gerhana matahari..

Fuhhh...hari dah hari ketiga untuk minggu ni tapi minggu kedua untuk IQ bekerja. Hari isnin cuti sebab pengasuh Qa'id tak sihat macam yang IQ cerita dalam post yang lepas.

Tapi takkan nak cuti sampai khamis kan? So, IQ decide nak cari pengasuh yang boleh bayar pakai hari. Dapat la sorang pengasuh yang duduk sebaris searas je rumah IQ ni. Semalam hantar...IQ dan suami pun pergi kerja..

Tapi tak sampai tengahari pengasuh dah mesej..tanya IQ, Qa'id ni kena dodoi bila nak tidur ke, cakap Qa'id tak nak tidur...lepas tu, cakap Qa'id tidur bila bagi susu tapi tak habiskan...*pening*

IQ tahu pengasuh tu tak nak jaga Qa'id kalau IQ mintak dia jagakan Qa'id secara tetap...tapi yela...baby kan? What we can expect more? Memang la meragam sikit sebab tukar tempat baru...lepas tu., sesetengah budak memang nak susu bila nak tidur...

Tengah serabut serabut semalam, anak pengasuh yang jaga Qa'id sebelum ni call, dia cakap mak dia tak tahu lagi bila nak sihat, mak dia selalu cerita Qa'id ni tak banyak ragam..baik je budaknya...anak2 dia pun rindukan Qa'id...haihh..lain plak pandangan belah sini...dan IQ tahu Qa'id bukanlah seorang baby yang kuat ragam..dia baik..pendiam...tapi aktif bila bermain...alahai...kena cari pengasuh baru la ni..

IQ dan suami balik kerja awal semalam, dapat lampu hijau terus chiow, pukul 5 dah siap sedia nak ambik Qa'id....even KL hujan semalam pun ayah dia tetap redah...basah kuyup laki bini..merempit redah hujan...kerja kL naik motor la senang...kan?

Pengasuh yang jaga Qa'id semalam tu baik cuma dia memang tak nak jaga Qa'id sebab dia dah ada baby lain...dan dia tak nak jaga yang sebaya...dia nak jaga yang besar sikit...katanya...terima kasih dekat pengasuh tu sebab jagakan Qa'id even satu hari...

Satu malam IQ cari pengasuh tetap untuk Qa'id...sebelum tidur sampai la bangun dari tidur, sambung cari lagi...sampai malam tadi decide nak hantar Qa'id dekat satu taska yang terima baby seawal dua bulan...

Last minute sebelum IQ bersiap pagi tadi, IQ ada jumpa dalam group facebook..Alhamdulillah...akak tu terima nak jaga Qa'id...malam ni pergi rumah akak tu untuk suaikenal..harap harap ok la Qa'id dekat situ...yang ni jauh sikit...seksyen 5...IQ seksyen 4...dulu ayah dia boleh jalan kaki tapi sekarang nak tak nak IQ kena hantar dan ambik. Tak per la...janji ada yang sudi jaga Qa'id..

Itu lah cerita IQ, Qa'id dan pengasuh.
Bai.

You Might Also Like

8 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. aduhai, klo bab pengasuh ni memang pening kan.kesian qa'id..bila dh jpe yg ok, tp kesihatan plak x mengizinkan..

    mila skrg ni pn pening jugak, pengasuh Alma ok, cuma dia suka amik cuti..tiap2 bulan cuti..pening mila..tu blm campur kita cuti lagi.kang raya nth bape lama lak dia nak cuti

    ReplyDelete
  2. bab pengasuh ni mmg dilema semua ibu2 kan. semoga jumpa yg sesuai dengan Qa'id.

    ReplyDelete
  3. @Mila Hilas:

    kan? habis la cuti kita...nak kena beraya dekat kL je ler mila...

    tu la...sedih sgt...xngam plak jadinya

    ReplyDelete
  4. @NADIA vs BERON:

    dah jumpa, cuma harap yang ni ok2 je...huhu

    ReplyDelete
  5. salam kenal IQ..

    situ lah keadaan nya masa kita baru beranak satu ni. masalah pengasuh. memang mencabar.. pernah dulu anak yang pertama.. pengasuh macam2 hal. akhirnya tak songgup, terus amik maid. lega sikit.. apa2pun insyallah semua akan berjalan lancar..

    ReplyDelete
  6. @Azian Elias:

    salam kenal kak,

    kalau ada peluang nak jugak ambik maid..tapi tggu la ada rumah sendiri..lagipun, seronok jugak bila ada cabaran macam ni...bley blajar..kan kak?

    ReplyDelete
  7. hm.. susah juga kan nak pilih pengasuh

    ReplyDelete
  8. @Nabila Syifa:

    susah...kalau pengasuh ok, baby ok...parents pun senyum..=)

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers