Renew CIDB Green Card Melalui Sistem Online

11:33:00 AM


Acewah, kemain border bunga bunga, padahal green card tamat tempoh..cit pooodah! haha~ Punya la boss IQ suruh masuk site, IQ pun punya la angguk-angguk...bersungguh nak cari Personal Protective Equipment (PPE)...nak masuk site la kononnya...tapi LUPA, Green Card dah tamat tempoh dan kalau tamat tempoh, usah berangan nak masuk site....menangis la kau tepi site, orang sekat kau daripada masuk IQ oii...huuuu..

Sebelum memalukan diri, baik renew cepat cepat. Tak cepat jugak laa kan sebab dah sebulan lewat ni..haishhh!! ape nak jadi ntahnyeee...

Pembaharuan Kad Hijau Melalui Sistem Online

Ini khas untuk sesiapa yang nak renew Kad Hijau korang sahaja, kalau nak buat Kad Hijau, korang kena pergi kelas dahulu....daftar online boleh tapi kena pergi kelas jugak...ada paham? bagus bagus...

Nak renew boleh pergi ke laman web CIDB (klik sini) ataupun terus ke sistem Personel Binaan (klik sini).

Langkah pertama - Klik Personel Binaan

Langkah kedua - Klik Pembaharuan Online, dsb
Langkah ketiga - Masukkan Nombor Kad pengenalan anda di dalam kotak dan tekan CARI
Paparan jika terus ke laman Personel Binaan. Sama seperti jika mengikut langkah di atas. 



Jika anda masuk memperbaharui Kad Hijau anda, boleh tekan Pembaharuan (No.1) Di situ boleh letak gambar baru, dan juga salinan IC seperti yang diminta oleh pihak CIDB. Kemaskini alamat, status diri ( macam IQ dah berkahwin, boleh tukar ke status Berkahwin), Nama dan Alamat waris semua...boleh dikemaskini dalam laman pembaharuan tu. Lagi satu yang penting, penambahan tred baru..depends kepada kita..kita mohon...dapat atau tak...belakang kira...ke macam mana?

Dah setel semua, tick box yang last sekali untuk terma dan syarat maklumat yang dilengkapkan. Jangan lupa untuk letak cawangan mana anda akan ambil kad hijau anda nanti. IQ prefer CIDB KL sebab IQ boleh suruh suami IQ ambik..heee~

Dan last but not least, boleh print (No.2) tu untuk simpanan kita, in case nak tuntut kad hijau nanti kan? boleh la tunjuk printed statement tu, senangkan kerja pegawai yang nak bagi kad dekat kita nanti. heee~ Oh yaa, nak renew kad hijau ni of course kena bayar kan? Setahu IQ, untuk pembaharuan ni, bayaran yang dikenakan RM60.00...ni dah kali kedua IQ renew...sebelum ni majikan lama IQ yang renewkan..kali ni renew sendiri, HR majikan sekarang sibuk sangat..heee

Ape lagi yang tertinggal ek? kalau ada pape pertanyaan, boleh tinggalkan komen di bawah yer?

Ok, bai!

UPDATE TERKINI 4 JULAI 2017

Sistem Pembaharuan Kad Hijau telah bertukar kepada sistem yang baharu. Sila ke Pautan ini untuk maklumat lanjut. 

Terima kasih

You Might Also Like

55 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. kad hijau pass nak masuk site ke? lain2 x blh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad ni klu nk bwak masuk wetworld mmg xlepas la nad...XD

      Delete
  2. Salam nak tanya. sewaktu request untuk pembaharuan kad hijau tu scara on9. bila ye pembayaran perlu dilakukan? setelah klik pembaharuan tu n truz p bayar ke camne?

    bayaran dia kne p cidb sana bayar ke atau ada bank acc cidb? erkk.. @ kita apply renew card cidb secara on9 dan kita tungu je dia iapkan kad kita dan bila nak p ambil nnt bayar kt sana? ke camne? sye bnyk teori ni.. mohon penjelasan. heee tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf baru perasan komen ni,

      renew memang online, tapi masih kena buat pembayaran di kaunter cidb, dan dalam tempoh sehari ( tak pasti) baru boleh ambil kad, dulu arwah suami IQ yang ambil kan so, IQ dah lupa berapa lama dia siap

      Delete
  3. Assalam IQ, tumpang tnye ckt. Brape hari eh nk ke siap renew tu? Bile kite blh g ambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, saya dh p renew da ritu. Proses dia mcm ni.. :

      1) Request on9 utk renew.
      2) Print form renew tersebut & p mana2 cidb utk buat card renewal.
      *jangan lupa bawa gambar passport siap² dan duit. siap dlm hri tu juga. Lama xlama tgk brapa rmai org

      Delete
    2. terima kasih atas penjelasan di atas, betul step nya...=)

      Delete
    3. Ehh..kna bawak gmbar yg bru ker...

      Delete
    4. kalau nak letak gambar baru pun tak per, tak nak letak yang baru pun xpe...saya update baru sebab gambar lama nampak muda sangt XD

      Delete
  4. Hi IQ, thanks.. entry ni sgt membantu... baru renew online tadi, hehe.

    ReplyDelete
  5. Hi IQ, thanks.. entry ni sgt membantu... baru renew online tadi, hehe.

    ReplyDelete
  6. salam IQ, Kalau nak renew untuk pekerja dlm 24 orng macam mana? apa yang perlu saya bawa masa ambil kad hijau tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tahu untuk renew secara berkumpulan, kena tanya pihak CIDB terus

      Delete
    2. untuk renew boleh whatsapp saya 0126359192
      make sure syarikat berdaftar dengan cidb.

      Delete
  7. salam..permohonan ditolak sbb tak update tempat kerja..macamana nak masukkan semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan seperti biasa, boleh update tempat kerja.

      Delete
  8. sis nk tnya ckit sy baru renew kad hijau tpi sy tgok kt status tulis PENANGGUHAN UNTUK PENGESYORAN OLEH CIDB

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi kaunter, kalau tukar role dalam kad cidb mmg mcm tu, penukaran hanya boleh dibuat di kaunter kalau saya tak silap

      Delete
    2. Sis, dah settle green card tu? kadang-kadang, kalau nama company yg kita kemaskini tu xde dalam senarai kontraktor cidb, permohonan akan ditangguh dan mungkin akan ditolak.. kene semak dulu nama company ada register ke tak.. tq..

      Delete
  9. DAH RENEW, GAMBAR SEMUA DAH UPDATE TP TK KELUAR KAT SITU STILL GAMBAR LAMA. MMG MCMTU KE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya akan update gambar juga, sebab IQ pun update gambar online, try refresh, jadi ke tak

      Delete
  10. Salam sis..apa maksud penangguhan pembayaran??

    ReplyDelete
    Replies
    1. penangguhan pembayaran ni bila perkhidmatan bayaran online tidak disediakan, jadi kena pergi ke kaunter pun buat pembayaran

      Delete
  11. Salam sis..apa maksud penangguhan pembayaran??

    ReplyDelete
  12. hi salam kenal... yg nak tau lanjut utk proses cidb card,lesen & sbgainya jgn lupa lawat
    http://mycidbcentre.blogspot.my/ cik casa pun terer gak cikit2 bab2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, boleh pergi link di atas untuk maklumat lanjut. =) terima kasih cik casa. =)

      Delete
  13. BAPE LAME TUNGGU SIAP KAD NI?....

    ReplyDelete
  14. Oh! dah boleh renew online sekarang.
    Dulu time Mrs. A kerja construction line Company yang buatkan.
    Selalunya secara berjemaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau company buatkan lagi bagus, macam IQ pun dlu pernah former company IQ buatkan, sekarang je buat sndri

      Delete
  15. Salam puan..tempat puan de kerja kosong x?

    ReplyDelete
  16. Salam puan..tempat puan de kerja kosong x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni tak ada, XD sebab saya berada di bawah PMC

      Delete
  17. salam puan, jika saya nak hantar wakil ambil kad hijau pekerja asing saya? Apa barang perlu wakil tu bawa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf yer, untuk pekerja asing saya xberapa pasti

      Delete
  18. salam nak tanye, sy baru menghadiri kursus utk buat kad hijau ni,mase nk dftr online sy terletak gmbr passport yg background die warna putih, jadi macam mane ye sy nk tuka balik sbb kat situ die xde ikon utk kemaskini bgi yg baru mendaftar, ke kene tggu dpt kad dlu baru bole kite tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. better tggu bila kad da tamat tempoh, rugi bayar hanya untuk gambar. =)

      Delete
  19. untuk pembaharuan kad hijau atau nak buat kad hijau baru boleh whatsapp saya 0126359192. pastikan syarikat berdaftar dengan cidb. sekian.

    ReplyDelete
  20. Helo, sya sda bt pembaharuan melalui sistem online.. dah lebih 3 hari. Status mc lg (penangguhan utk pengesyoran) memang lama kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila pergi ke kaunter, pembaharuan melalui online perlu ke kaunter juga

      Delete
  21. Nak Tanya kad saya sebagai seorang pelajar and now nak tukar sebagai pekerja macam mana? lagi satu kad saya da tamat tempoh dari bulan April 2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya majikan akan renewkan kad hijau, personel pada kad akan berubah mengikut jawatan, jika jawatan berkenaan engineer, perlukan sijil...tapi semua tu harus dibuat di kaunter.

      Delete
  22. hi, saya try untuk renew tapi tak bolrh bukak website tu. Ada penyelesaian tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la. saya masukkan no ic saya tapi 'user not found'.

      Delete
    2. Saya baru melawat web CIDB, ada perubahan baru dibuat oleh Pihak CIDB. Sila rujuk di sini

      http://www.cidb.gov.my/cidb2/index.php/my/pengumuman/106-2017/712-pemakluman-kepada-personel-binaan

      Delete
  23. takleh buka website yang link kat atas, DNS server error..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengah apply keje pengurus tempat keje tu suruh renew kad hijau saya sebab dah tamat tempoh..

      Delete
  24. sila entry ini untuk sistem online yang terbaru

    http://izyan5025.blogspot.my/2017/07/pemakluman-kepada-personel-binaan-renew.html

    ReplyDelete
  25. APA LE WEB CIDB NI ASYEK SERVER NOT FOUND JE, MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI KE TAK HABIS HABIS, NAK RENEW GREEN CARD PUN PAYAH TAK MESRA ALAM LANGSUNG. (WWW.CIDB.GOV.MY)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba sekali lagi sebab saya klik tak ada apa2 masalah, kena pergi pautan baru yer en mohd amin

      Delete
  26. Saya dah siap bayar semua utk renew cidb . Nak siap dalam masa satu minggu kan...Mcm mne nak thu cidb dah siap ke blum ? Melalui apa ye

    ReplyDelete
  27. Saya nak tanya..saya sudah masukkan nama company..saya keje dengan consultant arkitek..tapi tak boleh masuk..boleh bg penjelasan..sebelum ni saya renew x perlu online direct bayar trus dpt kad..perlu attach ker

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers