Bisul dan Darah Anak

12:29:00 PM

Salam monday blues semua!!

Hari ni IQ tak kerja. Sebabnya pengasuh Qa'id kena operate bisul sampai khamis ni. Adehai. Pening kepala kami laki bini pikir nak hantar pengasuh lain ke tak...by the way...kalau dah 4hari tak hantar ni boleh potong bayaran tak? Ke macam mana?

Hari rabu lepas, perasan belakang telinga kiri Qa'id macam ada merah. Rupanya bisul nak tumbuh. Bengkak merah tu besar sangat sampai kalau tersentuh Qa'id akan menangis...malamnya IQ dan suami bawa pergi pakar kanak2...doc cakap infection. Sebab gigitan nyamuk biase pun boleh jadi infection kalau budak budak kuat menggaru...Qa'id memang suka garu kepala dia...huuu..doc bagi antibiotik...lepas tu, balik...

Esoknya ada checkup 5bulan Qa'id. Tarikh cucuk Qa'id lewat sikit..tapi last2 tak dapat cucuk jugak sebab Qa'id makan antibiotik. Kena habiskan dulu...huuu..jumpa doc..doc berbincang pasal keputusan darah Qa'id yang dah dua tiga bulan lepas...Qa'id ni jenis HB low bila time demam...doc cakap jenis darah macam tu bila ada keturunan chinese....ikut ayah dia mungkin..huhu

Disebabkan darah Qa'id tu, IQ dan suami disarankan buat screening darah....tak buat lagi ni..mungkin minggu ni ataupun bila bila masa yang sesuai...huhu..doc cakap masalah darah macam ni bukan masalah talasemia, tapi penyakit darah disebabkan keturunan.

Sejauh mana kebenaran tu, IQ pun tak pasti. Mak mertua IQ ada juga cakap, darah Qa'id ni mungkin macam pak su nya...bisul yang tumbuh tu pun bila keadaan yang panas menyebabkan gatal gatal...paksunya dulu pun jadi macam tu..huhu...

Ibu harap Qa'id baik baik aja...habis antibiotik ni terus pergi cucuk 5bulan. Padahal lagi seminggu nak masuk 6 bulan..huhu..

Bisul tang besar tu dah pecah. Banyak betul nanah keluar tapi ada lagi 3-4bisul kecik tumbuh...panas dan gatal kot punca bisul tu senang je nak tumbuh...huhu

Ok la. Bai!

You Might Also Like

8 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. ala comelnya Qa'id. Sian dia, moga cepat sembuh. family nadia campuran macam-macam segala cina india jawa semua ada haha. darah campuran mmg ada masalah kulit sbb doktor ckp darah campuran kotor. hoh sentap.

    ReplyDelete
  2. comelnye qa'id.. kesiannya dia ada bisul...sakit tu..moga cepat2 sembuh ye..muka dh hensem sgt tu...sebaya ank auntie..blh jd menantu x? hikhik

    ReplyDelete
  3. Comelnyaaaa qa'id. Semoga cepat sembuh taw qa'id. Jangan garu2 dah. :)

    ReplyDelete
  4. @NADIA vs BERON:

    Hoh! sangat sentap..kuangasam betul doc ituuu...banyak betul campuran darah tu...tu sebab cun~ eh? heee

    ReplyDelete
  5. @Mila Hilas:

    tu-lah, masa tekan nak buang nanah pun nangis2 dia...sakit sangat tu...boleh2...dapat calon menantu sudah..haha!

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers