Rumah Ummi

10:59:00 AM

Ummi.

13 Januari genap dua bulan ummi sakit, terlantar di atas katil, tanpa sedar. Dua bulan juga IQ tak dengar suara ummi, tak dengar gelak ummi, tak dengar marah ummi...sepi..

Sekarang rumah di Karak perlu dikosongkan. Ummi suka rumah tu. Walaupun rumah tu rumah sewa, ummi suka duduk situ sebab ummi ramai kawan. Kawan-kawan ummi selalu bawak ummi pergi jalan-jalan, pergi surau, pergi program komuniti dan kadang-kadang kawan-kawan ummi la yang bawak ummi pergi klinik untuk fisioterapi.

Tapi rumah tu dah tak berpenghuni. Kosong tanpa ummi, dan kami kena kosongkan atas permintaan abah. Abah dah tak mahu rumah tu lagi. Tak nak bayarkan sewa rumah tu lagi. Sedih. Sedih bila mengenangkan setiap barang dalam rumah tu adalah hak milik ummi. Sampai kami tak tahu nak buat dengan barang-barang ummi...rumah perlu dikosongkan..barang-barang hendak dibawa ke mana?

IQ tahu ummi jenis sayangkan barang dia. Itu sebab rumah kami penuh dengan barang yang kadang-kadang tak digunakan dengan kerap. Ummi suka simpan. Suka memenuhkan rumah dengan barang. Dan bila keadaan jadi macam ni, IQ tak sampai hati nak buang atau jual barang yang ummi simpan.

IQ fikir nak simpan barang-barang ummi di rumah IQ, tapi rumah IQ sempit, rumah flat pula tu. Nak angkut pun susah. Kalau dapat simpan barang-barang ummi ni, tak der lah ummi tercari cari barang dia bila dia dah sedar nanti. Yer! Impian IQ besar. IQ nak tengok ummi IQ sedar dari koma dia. Nak tengok dia senyum dan bercerita apa yang dia rasa ketika terlantar koma.

IQ kalau boleh nak kekalkan rumah di Karak tu tapi kalau IQ punya duit yang banyak, IQ bayar jer sewa rumah tu tiap-tiap bulan. Biar-lah jadi rumah singgahan kami anak beranak, asalkan setiap barang di dalam rumah tu tak terusik...tapi...apakan daya IQ...

Setiap pelusuk rumah tu buatkan IQ terbayangkan ummi. Ummi bergerak ke sana ke sini IQ dapat bayangkan. Di mana ummi selalu duduk untuk tengok tv. Di mana ummi akan terlentok tidur. Even IQ tengok sabun pencuci pinggan pun IQ rasa sayu sebab terkenang saat kami bersama di dapur menyiapkan makanan. Masa IQ nak balik ke KL lepas kemas barang-barang semua pun IQ sebak. Tak sangka semua ini hanya tinggal kenangan...

1 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Allahuakbar...sy yg baca pn sebak n sedih.blh byg mcm mn...awk kena kuat ye IQ....dugaan hidup untuk yg bnama manusia.semoga ibu IQ sembuh dan x sedih bila tahu brg2 dia xde..

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD