Kejutan Buat Yang Tersayang Gituuuuu

2:03:00 AM

Salam dan selamat pagi!!

uihhh..kemain awal benor IQ update blog ni. pukul 1.30pagi oii...ni bukan awal tapi terlewat nak tidur daaa...IQ baru je siapkan kerja pejabat IQ. Yela, nak tak nak kena submit malam tadi jugak. Bila dah setel Ya Allah.....leganya rasa...huhu~..so, teringin pulek nak update blog kan...lagi lagi bila ada cerita yang nak diceritakan..bior la berkurun dah lepas, nak cerita jugak! heeee...

Masa IQ tengah pantang, IQ plan nak buat surprise dekat suami IQ memandangkan befday suami dalam tempoh IQ berpantang. So, IQ plan nak gunakan khidmat penghantaran surprise untuk suami IQ di KL memandangkan masa tu IQ fikir suami IQ kena kerja masa befday dia tu.

Tanya punya tanya, eh...cuti befday dia tu nanti?? Jadi, maknanya tak jadi buat surprise di KL, terpaksa la cari tukang buat surprise di Melaka pulak. Dapat cari satu tapi tak kena plak tarikhnya, then mujur ada lagi satu. Alhamdulillah available. 

Hari ulangtahun suami 24hb Oktober jatuh hari sabtu. Dan kebetulan suami tak perlu kerja sabtu, maka dia pun balik Melaka jenguk IQ dan baby Qa'id. Pagi tu..awal..sebab tukang hantar surprise nak cepat agaknya. pukul 9 pagi dah terpacak depan rumah. Taktik tak berapa nak jadi sebab suami IQ dah syak pelbagai kemungkinan akan berlaku pada hari ulangtahun dia tu..kureng asam. tak best langsung...huhu..

Tak per lah...asalkan ada senyuman di wajahmu sayang..acewah...gedik sangat!! IQ gunakan perkhidmatan SNJsurprise untuk kali ini. Pakej pakej boleh la dilihat di IG mereka. Mereka ada buat penghantaran untuk surprise serendah RM30 ok!! heee...promote kejap...kena bagi komisen ni...haha...

Ulangtahun suami yang ke dot dot. Abang dah tua yawwww...

Dan pada awal bulan Disember yang lepas, genap la kami laki bini ni setahun jagung di alam berumah tangga. Alhamdulillah. Dikurniakan pula si kecik bam bam Qa'id Aqhar yang kemain senyum tak der gigi lagi...hehe... dan masa ulangtahun tu jugak, adik IQ mengadakan resepsi untuk perkahwinan dia. Selamat dah adik IQ. Adik IQ sepatutnya nikah pada 4hb Disember namun dipercepatkan kepada 22 November di atas sebab ummi yang tengah sakit.

Seminggu yang lepas, suami cakap kawan kawannya nak datang tengok Qa'id. Ok, memandangkan Jumaat minggu lepas Selangor cuti, maka IQ tak kerja. So, boleh la nak kemas rumah untuk sambut tetamu. Muncul petang, suami balik kerja. Katanya dia nak buat kejutan dekat kawan-kawan dia dengan bagitahu dorang yang dia tak balik kerja lagi...konon nak menyorok la dalam rumah sampai diaorang sampai kan...Tapi namanya pun surprise kan...rupenya lain yang muncul...

Rupenye ada surprise untuk IQ. Hamek dengan belon terbang gedabak muncul depan rumah. Memang tak sangka! IQ mati mati ingat kawan dia betul2 nak datang...rupenye tidaakkk...surprise yang kali ni memang menjadi...pandai betul suami IQ berlakon...tertipu IQ dibuatnya...anyway...terima kasih sayang...

Perkhidmatan kali ini menggunakan service suprise4you atau boleh search di IG surprise4you.delivery ...haaa....suami IQ cakap service dia bagus.....belon terbang yang pakai plastik foil tu kan sampai sekarang ok lagi...masih terbang di siling rumah IQ...hihi...sangat berpuashati...!! Cover area lembah klang. So, ape lagi?? 


Happy Anniversary for both of us. Tahun depan nak lagi...eh? 

Ok la, cukup la kali ni. Cukup untuk mengabadikan kenangan di blog kesayangan, kalau tak....bersawang la blog mak ni noookk...ok la...bai!!

Sekian.

7 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Hihi IQ punya suprise dia dpt agak, last2 IQ pulak dapat yg unexpected. Happy annivesary btw :)

    ReplyDelete
  2. happy anniversary korang. Wah bestnya surprise. Huhuhuk.

    ReplyDelete
  3. @NADIA vs BERON: tenkiu nad! aah, xmenjadi lak surprise..huhu

    ReplyDelete
  4. @NZ: tenkiu kiaaa...suruh mak ko buat surprise! heee

    ReplyDelete
  5. waaa alhamduillah dapat suami sweet cani ^^

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD