Hampir 2 Bulan Usia Anak

10:44:00 AM

Salam semua,

Hampir sebulan IQ tak mengarang. Sibuk usah cerita la kalau dah ada anak ni. Bangun tidur pun sebab anak. Tidur pun sebab anak. Pengalaman seorang yang baru bergelar ibu kan?

IQ masih lagi bercuti. Pantang dah habis tapi cuti berpantang sampai hujung bulan 11 ni. Awal bulan 12 baru masuk kerja balik. 2 bulan cuti. Setengah bulan unpaid leave. Huhu.

Ni la anak IQ. Namanya Muhammad Qa'id Aqhar. Kebetulan plak pilihan nama pun ada huruf Q. Kakak IQ cakap nak mewarisi pilihan nama anak wajib ada huruf Q daripada family IQ lagi ke? IQ cakap tak der la. Memang kebetulan. Maksud nama tersebut, ketua yang gagah dan terpuji. Since Qa'id sulung, maksud nama pun haruslah sepadan dengan status dia.


Gambar last tu beberapa hari sebelum habis pantang. Sekarang Qa'id dah 56 hari dah. Dah hampir 2bulan dah. Kejap je anak ibu ni membesar. Makin tembam dan semangat IQ tengok. Alhamdulillah. 

Tak lama lagi, bila IQ dah start kerja, Qa'id tinggal dengan pengasuh. Alahai. Sedih rasanya bila terbayang nak tinggalkan dia dengan orang asing. Risau semuanya ada. Dah ler selalu dengar berita tak best jer pasal pengasuh ni kan? Tak der cerita yang best2 langsung. Seriau IQ dengar. Huhu.

Harap semuanya berjalan dengan lancar. Qa'id pun tak meragam. Huhu. AMIN.

K la. Till then. Bye2.

4 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Qaíd ada lesung pipit eh? Alala comelnya.
    InshaAllah banyakkan berdoa moga Qaíd sentiasa dilindungi Allah. :)

    ReplyDelete
  2. Hi babyyy. Hehe semoga membesar dengan sehat yaa sayang. Insyaallah Allah jaga baby Qa'id.

    ReplyDelete
  3. Pestaim nengok Qa'id. Alolo comel. Mcm ikut rupa mommy dia je. Hehe insyaAllah takde pape. Qa'id good boy hehe

    ReplyDelete
  4. teruk ke kuning dia IQ? X sakit ke letak pelekat mcm tu?

    Kecik je kan 2bulan dh anto pengasuh..semoga pengasuh babyQaid tu mampu jaga Qaid sebaiknya

    p/s : mila start keje 21/12 ni..minggu dpn konon nak stat anto babyAlma, xtahu lah jadi x..mcm x snggup plak anto awal, nt blk umh sunyi plak hehe

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD