IQ Selamat Bersalin. Alhamdulillah.

4:52:00 PM

Salam semua...

Hamek, seminggu tak berupdate. Banyak benda dah berlaku sepanjang minggu ni. Memang tak sedar, rasa sekejap je dah seminggu semua ni berlalu...

13 September 2015
Masa IQ last post entry blog, tu scheduled post. IQ post lebih awal dengan scheduled date. Padahal masa tu IQ dah ada kat Hospital Sungai Buloh, malam sebelum tu IQ sakit perut (tak tahu tu rupenya contraction). Esoknya ada keluar tanda darah. Terus bersiap ke hospital pagi tu. Cek2 dah 2cm...uihhh...risau...tapi mintak kebenaran doktor nak balik, sebab nak bersalin kat melaka. Then, balik melaka.....

14 September 2015
Malam sebelum tu pun ada sakit, tapi hold dulu..tak nak pergi hospital...pagi 14hb, masa mandi, makin banyak lendir darah keluar...terus pergi hospital jasin tapi hospital tu tak terima kalau kes anak pertama, kena pergi hospital besar melaka. Kena admit wad sebab jalan still 2cm...

15 September 2015
Contraction makin berkurang. Lendir darah pun makin kurang...mintak kebenaran doktor nak balik sebab tetiba contraction dah hilang. So, balik rumah kat jasin...huhu

16 September 2015
Lepas buang air besar pukul 6 pagi, contraction tiba tiba datang. Rekod contraction timer semua dah beza 5 minit sekali. Fuhhh...memang berdebar...tapi buat rilek dulu, tunggu lepas sarapan baru gerak ke hospital besar melaka. Admit wad bersalin. Baru 3cm. Pukul 4 lebih petang sakit makin kuat terus masuk labour room. Buka 4cm. Tempoh sakit nak bersalin sehingga melahirkan memang ambil masa lama biarpun air ketuban doktor tolong pecahkan. 10.45 malam baru lah lahir si kecil. Pukul 3 pagi baru admit wad. Huhu. Penuh..

17 September 2015
Segalanya normal. Baby dah berak dan kencing awal. IQ pun dah setel semua...tak ada demam...tapi still kena tunggu sebab first baby kena tunggu 24jam. Alahai. Tunggu je la.

18 September 2015.
Pagi yang mengharapkan keputusan balik dengan cepat, tapi doktor dah nampak baby start menguning. Ambik darah pukul 11pagi, malam baru dapat result. Yang ni IQ paling tak puas hati. Result dah cntik. Tapi dapat lambat. Rasa geraaammmm jer. Dah tak dapat discharge lagi.

19 September 2015.
Kuning si anak makin teruk. Kena repeat ambik darah lagi. Tapi tak ambik ambik. Last last keputusan bagi balik TAPI bila dah bayar bil semua, nurse cek baby, tadaaaa...baby macam kena sapu kunyit...kuning habis, da sampai kaki. Hurmm...IQ pun tak sangka la makin teruk jadinya...padahal pada awal doktor bagi balik kan...baby admit nurseri, dan IQ balik rumah....

Dan sekarang IQ berada di nurseri. Untung nurseri ni ibu boleh masuk untuk bagi susu kat baby. Senang sikit hati. Huhu. Doakan baby IQ dapat keluar wad awal...yer...terima kasih.

Bai.

You Might Also Like

5 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. alhamdulillah..tahniah..turn nad pulak..cuak ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dan tahniah selamat semuanya. inshaAllah baby will get well soon

    ReplyDelete
  3. tahniah izyannn..nanti share gmbr bby taw..xsaba nak tgok..

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers