Advertisement

Responsive Advertisement

Kaki Kejang Ketika Mengandung - Cara Mengatasi.

Salam semua!

Selamat pagiiii...amboi kemain semangat yer IQ pagi pagi ni...biase lah, sebelum sibuk esok lusa ni, dengan ketiadaan staff sangat disebabkan meeting melambak, maka IQ boleh lah nak bersenang hati sikit. Semalam tak bersenang hati sangat sebab sampai sampai ofis jer dah suruh IQ buka laptop...punya la kerja tu menunggu macam pak guard kat depan ofis tu haa...hihi~

Melalut punya melalut, apa kaitan dengan tajuk entry ni haaa....nak cerita, awal pagi tadi, IQ mengalami kekejangan otot betis yang teramat sangat! Tengah-tengah syok mimpi indah, terasa kejang di otot betis kanan. Sakit dia rasa macam perghhhhh...nak nangis, tapi macam tak sempat nak leleh air mata, menjerit je lebih....huhu....mujur encik suami sangat la alert bila IQ ni mengerang sakit...biarpun sakit nak memerut je pun, dia dah terjaga....sangat berjaga-jaga orangnya...Insya-Allah kalau nak terberanak tengah malam nanti, harapnya suami pun senang terjaga macam tu....

Tapi....dalam situasi kejang macam awal pagi tadi tu, suami IQ tak pernah alaminya...so, dia tak tahu nak buat apa...IQ nak bagitahu step yang perlu dia buat tapi kesakitan mengatasi segalanya...last2 sempat jugak bagi sign kat suami supaya regangkan kaki dengan membengkokkan pergelangan kaki ke arah atas...macam gambar kat bawah ni...

kejang di bahagian bawah betis, tekan tapak kaki ke arah dalam.

Lepas suami buat macam tu, Alhamdulillah, lega sekelip mata....fiuhhhh...tapi lepas tu kaki akan jadi lenguh. Apatah lagi bila regangan kaki lambat dilakukan. IQ susah nak lelapkan mata lepas tu, sekejap sekejap jer, lepas tu minta suami ambikkan balm dan urut otot betis kanan. Baru lega tapi terus sampai ke siang tak dapat lelapkan mata...huhu...mujur la kena waktu orang nak bersahur...hehe..

Punca kenapa terjadinya kekejangan kaki ketika mengandung ni? Apa yang IQ cedok daripada laman web kegemaran IQ sepanjang IQ mengandung ni, iaitu Baby Center , mengatakan bahawa....

1- Kurang Kalsium dan Magnesium
2- Rahim semakin besar dan menekan salur darah besar kaki menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna
3- Banyak berjalan dan berdiri juga akan menyebabkan otot penat....huhu

**boleh klik di sini untuk membaca dengan lebih lanjut

Dan mujur la pengalaman banyak mengajar IQ, sebab program outdoor banyak mendedahkan IQ dengan kekejangan otot ni...dulu IQ dapat tahu, cara lain untuk mengelakkan kejang otot ketika berekspedisi ni dengan minum air garam...sebab bila bergerak, peluh banyak keluar dan badan akan jadi sejuk...senang untuk kena kejang otot...itu kekejangan ketika beraktiviti lasak...regangkan otot sama seperti gambar di atas...

Untuk info yang lebih mendalam tentang kekejangan otot ketika mengandung, boleh la klik di sini dan juga melawat ke laman web Baby Center. Boleh juga untuk menambah ilmu sebelum, semasa dan selepas mengandung. Sangat bagus tau...IQ dapat tahu pasal laman web Baby Center ni pun daripada kakak di ofis ni. Sejak dari awal mengandung, sampai sekarang...IQ dah boleh membayangkan saiz baby dalam perut IQ ni. 

Ok la, cukup setakat di sini. Kerja weyh kerja! hihi~

Bai!

Izyan Balqis. 2015.

Post a Comment

5 Comments

  1. oo cramp ke?haah buat kaki macam tu la. ingatkan kejang sebab mengandung. kalau kejang sebab mengandung, saya tak tau sebab saya jarang nak mengandung

    err jarang?? uhuk2

    ReplyDelete
  2. mengandung pun bley cramp tau...caranya sama jer =)

    ReplyDelete
  3. kadang kadang pun kena kejang, tapi biasa kena kat tapak kaki jer... sakit wooooo.. huhuhu.. eh, saya tak mengandunglah tapinya.. koh koh koh

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. memang la tak tingal supplement Calcium masa mengandung. tak tahan woo memalam terbangun sebba kejang nangiss

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)