Advertisement

Responsive Advertisement

Selamat Berpuasa Ramadhan

Semalam kemain rekod video pengumuman puasa, lepas tu pos kat instagram. Eksaited nak puasa. Kononnya. Lepas tu mula fikir, mampu ke nak puasa penuh tahun ni? Tahun tahun lepas confirm la tak puasa penuh. Nama pun perempuan. Kan?

Tahun ni azam nak puasa penuh. Tapi rasanya tak dapat jugak sebab da ada temujanji minum air gula 3 julai nanti. Yaksss. Air gula kat klinik tu da ler tak der perisa. Hopefully tak muntah. Hari tu tak muntah sebab redha last minit. Mula mula da fikir ada perisa, masuk bilik terus tengok gelas plastik yang hampir penuh air gulanya. Tanpa perisa. Air dibancuh gula pasir tu haaaaa...errrr....ngerinye.

Minggu lepas da habis ganti puasa. So, da praktis awal2 berpuasa dengan baby dalam perut. Baby kental, Insya-Allah. Nak kena bagitahu siap2 kat dia, "ibu nak puasa hari ni, jangan nakal2 tau" kalau tak remind kat dia, mahunya tengahari tu berguling guling dia dalam perut minta disuapkan. Huhu. Kesian baby.

Kepada semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia, selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puaseeeee...jangan cilok cilok. Orang memang tak nampak, tapi 'cctv' kat atas tu nampak. Ok?

Insya-Allah, sama sama kita memanfaatkan bulan mulia ini.

Bai!

Izyan Balqis. 2015.

Post a Comment

0 Comments