Persepsi dan Tingkah Laku Kita

3:48:00 PM


Persepsi.

Persepsi itu tanggapan. Tanggapan manusia pada apa jua perkara yang terlintas di hadapannnya. Persepsi manusia yang semakin hari semakin kejam. Semakin hari semakin tiada perikemnusiaan. YER. Kita ada hak untuk bersuara, tapi perlu diingat, suara kita tidak semestinya mewakili suara segenap makhluk. Bukan suara yang betul sebetulnya. Ingat itu.

Tingkah Laku.

Tingkah laku yang kadangnya dibuat atau dibuat-buat. Yang kadangnya secara spontan mahupun waras. Hendak memaki, maka dimakinya. Hendak mengamuk, maka diamuknya. Apa yang dibuat, tingkah laku yang juga punya baik dan buruknya. Yang manusia lain boleh lihat manisnya dan jeleknya tingkah lakunya. Maka, bagi anda...tingkah laku harus atau tidak punya otak dan akal untuk berfungsi?


Kenapa IQ berkata tentang dua perkara di atas? Kerana dunia sekarang melakukan dua perkara di atas tanpa akal yang waras. Tanpa fikir baik dan buruknya. Yang persepsi pertamanya yang berburuk sangka. Yang tingkah lakunya dibuat tanpa memikir baik dan buruknya. Apa sudah jadi? Yang dikatakan Melayu Islam kita punya adap, Yang dikatakan masyarakat Malaysia yang penuh dengan budi bahasa yang tinggi.

Teknologi makin canggih. Tapi manusia makin rapuh. Rapuh dengan dunia yang serba membangun. Nilai kemanusiaan yang makin merundum jatuh. Hancur. Lebur.

Sekian.

*** Entry dibuat rentetan video yang disebarkan,diaibkan...biarpun telah semalam berlalu, tapi IQ tetap sedih. Apatah lagi, tika makan tengahari, melihat video dilihat oleh pelanggan yang makan di tempat yang sama. Cepat bukan aib tersebar? Allah.....

You Might Also Like

0 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers