#10 Cerita Aku

10:40:00 PM

Assalamualaikum. Hye.

Lama tak menjenguk. Berbicara panjang. Membuka minda, dan hati. Terlalu banyak perkara berlaku. Yang baik, yang tak baik. Tak mahu dikatakan buruk, sebab apa yang berlaku, pasti ada hikmah. Yang aku pegang, Allah S.W.T. itu pasti ada agenda-Nya tersendiri.

Habis belajar, ingin terus cari rezeki. Cuma rezeki masih belum terbuka. Esok baru dapat jawapan. Kalau dapat rezeki itu, jauh berdepa-depa dengan mereka kekasih hati. Tapi tidaklah memilih rezeki. Jika itu pemberi rezeki, jika itu membahagiakan keluarga, aku teruskan. Insya-Allah.

Cuma, hati pilu. Hari jubah tak sama dengan yang lain. Pilu. Tapi itu takdir-Nya. Mungkin ini jalan untuk aku kumpul duit, bawa kekasih hati berjalan-jalan terlebih dulu. Mungkin. Insya-Allah.

Buat captainhati, terima kasih untuk segalanya. Terlalu memahami, terlalu mengerti. Susah payah aku ni. Degil sengal aku ni. Terima kasih kerana sentiasa berada di saat pahit ini.

Cerita ini. Cerita aku.

Sekian.

You Might Also Like

0 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers