Hari Terakhir Kuliah

5:53:00 PM

Assalamualaikum semua…

sobs. *lap air mata dulu….korang….sobs….IQ sedih nih….kenapa? hari ni hari last kuliah…hari last IQ belajar kat UTM…hari last IQ bersama rakan-rakan kelas…hari last…hari last…sobs…

pejam celik. 4 tahun berlalu. waahhh..cepatnya masa pergi….rasa baru semalam mendaftarkan diri di Kolej Tun Hussein Onn…rasa macam baru semalam kenal wanie dan farah….cepatnya…sangat cepat…

tahun pertama.

tahun bermain-main. tahun yang hanya tahu keseronokan. shock culture? tak jugak. tapi ada kawan baik macam farah dan wanie tu da cukup buat aku gelak tak hengat. main makan kelas bersama…masa ni aku masih tak reti nak study bersama. terasa macam janggal. sebab selalunya study sorang-sorang…tahun pertama bagi aku…paling teruk…ke? tak sedar diri lagi tu.

tahun kedua.

tahun ni sibuk dengan program kelab. ke sana ke mari semua dengan SRC. sebenarnya dari tahun satu lagi tapi tahun kedua lagi rancak sebab da pegang jawatan kan. masa ni…pelajaran agak kelaut…leka! yes! leka…sangat! dan aku lalai dengan perkara yang melalaikan aku….yang selalu bawa aku ke pangkal jalan. tuu…farah dan wanie….tapi aku belajar study group bermula tahun kedua…satu peningkatan!

tahun ketiga.

kelalaian membawa aku kepada satu kesedaran yang amat tinggi. disebabkan aku lalai, pinjaman aku kena tarik satu sem. heh~ pengalaman tu amat mengajar aku. dan ditambah pulak dengan masalah peribadi…tahun ketiga adalah tahun ketegangan aku tapi cukup buat aku sedar dengan dunia realiti yang sebenar. sekali lagi…wanie dan farah lah yang banyak bagi kata-kata penguat semangat…mereka lah orangnya…

tahun keempat.

tahun bermakna pada aku. aku cukup suka dengan tahun keempat. tahun keempat adalah tahun kematangan aku. aku cukup sedar setelah tiga tahun aku leka dengan dunia fantasi..kini aku kembali dengan realiti dan benarlah orang kata, bila kita tersedar…kita akan rasa dunia tu cepat sangat berlaku…kalau tak…masa sesaat pun terasa bertahun nak tunggu..*punyalah hiperbola kau IQ! tapi aku cukup sayang dengan tahun keempat….tahun bermakna untuk tiga sekawan….dan juga hidup aku….

terima kasih Ya Allah

akhirnya aku bakal menjadi seorang graduan.

Alhamdulillah.

IMG_7528

***penggunaan ‘aku’ tu lebih real untuk ekspresikan perasaan. maaf tidak membahasakan diri sebagai IQ

5 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. tata IQ..jgn lupe keychain itik nad... :p

    ReplyDelete
  2. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

    Yeay da graduate.. Tahniah IQ.. =)

    ReplyDelete
  3. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

    Yeay da graduate.. Tahniah IQ.. =)

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD