Advertisement

Responsive Advertisement

bIaR lAmBaT aSaL sElAmAt!

salam semua!

tagline ni memang jadi asam garam kan kat korang semua apabila menjelangnya musim perayaan…dan khas ditujukan pada pemandu-pemandu di negera kita ni….kan? hari ni hari sabtu dan warga kota dari Kuala Lumpur terutamanya berpusu-pusu bergerak ke luar kota untuk pulang beraya ke kampung…lihat je sekarang, pihak Plus pun menyediakan jadual untuk para pengguna jalanraya terutamanya lebuhraya utara selatan untuk mematuhi jadual penggunaan lebuhraya untuk mengelakkan kesesakan lalulintas…

perghhh~~ intro bapak skema kan? tapi semua tu memberi peringatan pada kita semua, IQ semenjak jadi pemandu nih jugak IQ terasa jugak memandu dengan lebih selamat memandangkan kereta-kereta bertambah secara mendadak di lebuhraya…

minggu lepas IQ bertolak ke rumah kakak IQ di triang Pahang…IQ memandu sendiri dari kuala terengganu ke kuantan…masa tu lesen IQ baru je berusia beberapa hari…takut nak memandu jauh-jauh? opkos ler! hampir dua kali nak excident sebab terlampau leka tengok cermin pandang belakang~ adoi~ kesilapan sendiri memang menakotkan! lepas tu, dari kuantan ke triang, Pahang mintak bantuan chubby IQ untuk drive IQ tak berapa fasih lagi jalan yang berliku-liku~

peta5

seminggu yang lepas, trafik masih lagi terkawal apatah lagi IQ melawan arus dari kesibukan jalanraya tu, yelaa…orang lain dari bandar ke kampung, IQ bergerak dari kampung ke bandar…memang trafik masa tu tak berapa nak sibuk la kan? Alhamdulillah…semua selamat sampai~

dan pada hari ni…27 Ogos, IQ bawak kereta dari triang ke bentong sebab nak ambik adik IQ yang turun bas dari KL dan jugak servis kereta…..abg long IQ escort dari depan ler sebab IQ memang da tau jalan ke sana ikut jalan lama dan yang penting berliku-liku~ nasib baik la jugak IQ bawak kereta auto….tak ada masalah la sangat nak main gear dan clutch~

peta4

nampak jalan dalam peta kat atas ni macam staright je kan? tapi siyesly~~ bengkang bengkok!! kalau sesape tak mahir memang susah jugak la….dan ada jugak kawasan berbukit tinggi yang perlu didaki~~ erkkkk~~

masa perjalanan pulang, IQ terpaksa memandu kereta abang long IQ sebab abang long mengantuk…kereta yang IQ pandu, along IQ yang bawak…so, terpaksa main gear dan clutch sambil naik bukit~~ jalan yang berliku-liku terpaksa redah….tapi at last, abang long take over balik sebab IQ bawak kereta agak merbahaya jugak~~ haha! tak ada laa…terlepas simpang je, sebab terlampau laju..tak sempat masuk simpang…weeee~~

masa kat bentong tu, memang jalan agak sesak la sebab bentong kan jadi jalan utama bagi warga kota yang berasal dari negeri cik siti wan kembang untuk pulang ke kampung…kan? so, memang jalan agak jem sekejap..walaupun masa tu baru pukul 10 pagi~ trafik terkawal selepas melepasi waktu tengahari….

ok la, sekian sahaja laporan lalulintas dari IQ di sini~ lepas nih IQ akan memandu pulang ke negeri IQ kembali….doakan keselamatan IQ ok~ selamat hari raya semua!!

see ya!

*** pandu cermat jiwa selamat, ingatlah orang yang tersayang… peace yaw!

Post a Comment

6 Comments

  1. kita yang dah dapat lesen setahun pun masih tak konfiden nak drive. btw,have a safe journey. :)

    ReplyDelete
  2. haha.. mcm laporan trafik kat radio era lak.. hoho.. drive safely k? ^_^

    ReplyDelete
  3. cahya~ trma ksih cahya!! =)

    anyys~ kena berani mencuba~ klu x, smpai bila2 kita tak dpat~ tq anyys! hee~~

    hazz~ hahaha! tu la, bley jdi pelapor kat radio da ni....hee~~ tq~~

    ReplyDelete
  4. elie~ thanks!! doakan keselamatan IQ yer~

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)